SUKAN SEA 2013

Berakhirnya perjuangan skuad memanah negara di Sukan SEA Myanmar 2013 dengan 2 emas, 3 perak dan 2 gangsa. Satu pencapaian yang baik???? BUKAN. Paling baik pencapaian adalah 3 Emas di Manila 2005 dan pungutan paling banyak adalah di jakarta 2011 dengan 2 emas, 5 perak dan 1 gangsa. Tapi kalau tengok kat webiste NAAM tulis best achivement 4 Golds. Minta orang yang berkaitan tolong baiki dengan segera. Macam mana NAAM boleh buat silap macam tu? Please la... si updater website n informer cek dulu sebelum publish. Dah la tahun ni kejohanan kurang, berterabur, harap tahun depan berjalan dengan lancar.


So, berbalik kepada SEA Games 2013, Recurve lelaki meneruskan tradisi dengan memenangi pingat emas bagi individu dan juga berpasukan. 1 Perak juga menerusi acar individu lelaki recurve tu pun sebab Mas lwn Mas. Perghhh...Recurve Lelaki sememangnya yang terbaik!!!!

Recurve wanita...hmmm....hampeh .....perabih boreh ajo. Di barisi oleh Shahira Abdul Halim, Nur Aliya Ghapar, Sunantra Su Chat dan Farah Amalina Azhar. Sememangnya trio paling teruk dan jahanam pernah ada sejak Memanah Malaysia meningkat dari 2001 hingga kini, buat pertama kalinya tiada medal langsung dari mereka disumbangkan.Takkan ini pemanah terbaik wanita yang kita pernah ada?

Compound Wanita pula sedikit meredum, mungkin kerana jurulatih yang kurang berkaliber dan pengalaman walaua bekas atlet negara dan atlet pertama memanah negara ke sukan olimpik 2004, Mon Redee Sutxi. X pernah tembak compound tetiba jadi coach compound. Patut menghasilkan atlet recurve wanita yang hebat..... nasib...nasib... apapun tahniah buat Saritha Cham Nong yang menjadi penyelamat pasukan ini kerana berjaya menyumbang 1 pingat gangsa menewaskan rakan senegara Fatin.

Skuad compound lelaki di barisi oleh Zaki Mahazan, Kaharuddin Ashah, Juwaidi dan Lee Kin Lip. 2 nama baru dan 2 nama lama dalam skuad negara. Sememangnya hebat tetapi nasib x menyebelahi meraka. Pun Begitu trio ini berjaya menyumbangkan 1 pingat perak kepada negara.

1 pingat perak lagi dhadiahkan daripada gandingan Zaki Mahazan dan Saritha Cham Nong dalam acara Compound Mixed Team. hampir mendapakan emas buat negara setelah tie point. pada shoot-ff pun mata sama tapi lawan tembak 10,8, kita tembak 9,9. Closer to the 10 menang. huhuhhuhu.

So..kesudahannya.....tema kali ni lelaki je menunjukkan prestasi yang baik. Wanita.....pujian hanya untuk Saritha Cham Nong. yang lain....x payaah cuba lagi next time pun x apa. Tukar je dengan orang lain. kalau xde orang lain, x payah hantar langsung. Target....x capai la. 2 emas je, target 3 emas. Misi....GAGAL.